PEMBINAAN PUSAT TRAUMA, HOSPITAL AL-RAZI

1.  Hospital Al-Razi ialah satu-satunya hospital tidak berasaskan keuntungan (non-profit hospital) di wilayah Jenin.

2.  Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit miskin di Jenin dan Tebing Barat pada kadar 12,600 pesakit setahun.

3.  Hospital ini mempunyai 181 kakitangan, termasuk kakitangan perubatan dan pentadbiran.

4.  Menggunakan bayaran kadar minimum untuk pesakit, bayaran separuh harga dan pengecualian bayaran bagi perkhidmatan rawatan kepada anak yatim dan keluarga miskin.

5.  Jabatan dan perkhidmatan yang disediakan di hospital ini adalah:-
Pembedahan Am, Perubatan Dalaman, Obstetrik & Ginekologi, Taska Kanak-Kanak, Rawatan Rapi, Radiologi, Makmal, Lithotripsy, Mata, Prostetik, Endoskop dan Klinik Pakar


Bagaimanakah kita ingin memastikan setiap kebaikan kita 
memberi manfaat kepada orang lain, bukan hanya sekadar diri kita sendiri?

 

1.     Afdal bersedekah kepada ahli keluarga tetapi tidak melupakan saudara di Palestin, Syria dan Yaman

2.     Bersedekah sedikit tetapi berterusan

3.     Setiap pemberian kita memberikan senyuman kepada penerima

4.     Memberi bantuan dengan bantuan yang sememangnya diperlukan oleh penerima

 Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

 

Maksudnya:
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

 

Sedekah harta yang bagaimanakah kita boleh laksanakan ketika kita masih hidup?

JOM KITA INFAQ DALAM MEMBANGUNKAN PUSAT TRAUMA AMAN PALESTIN, HOSPITAL AL-RAZI DI JENIN

Justeru, kami di Aman Palestin menyeru Masyarakat untuk Bersama-sama berganding bahu dalam memberikan bantuan yang terbaik buat penduduk di bumi Jenin, Palestin!